Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:27 0

NEWCASTLE: Pengurus QPR, Mark Hughes tanpa berselindung menyuarakan hasratnya untuk membawa masuk beberapa pemain baru pada tempoh perpindahan pemain bulan ini dalam usaha menyelamatkan pasukannya yang kini terjerumus ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.


Hughes mula merasai tekanan terhadap masalah yang melanda pasukan barunya itu selepas tewas 0-1 kepada Newcastle United, kelmarin apabila menyaksikan mereka gagal menemui sentuhan penyudah dan bertahan dengan baik.




QPR terperosok di tiga tangga tercorot liga selepas gagal meraih kemenangan dalam sembilan perlawanan mendorong Hughes mula mengintai pemain baru termasuk pertahanan Chelsea, Alex, pertahanan tengah Blackburn, Christopher Samba (gambar) dan penyerang Sao Paulo, Henrique.


Hughes, bekas pengurus Manchester City, Fulham, Blackburn Rovers dan Wales mengaku kini mencari pemain yang boleh meningkatkan prestasi pasukannya.




“Memang kami mencari pemain baru jika ada yang sedia dilepaskan mana-mana kelab,” katanya selepas menyaksikan jaringan Leon Best pada babak pertama menjadi punca kekalahan QPR.




“Kami akan hanya membeli pemain baru yang mempunyai kualiti dan saya yakin pemain itu pasti ada.” Ketika ditanya mengenai Samba, Hughes berkata: “Semua pihak sudah tahu kami berminat mendapatkan Samba. Kami memiliki senarai pemain yang mahu dibawa masuk. Kami perlu tunggu dan lihat.” Sementara itu, pengurus Newcastle, Alan Pardew berharap tonggak utama bahagian tengah, Yohan Cabaye tidak mengalami kecederaan teruk selepas dikasari pemain lawan.



Pemain Perancis itu terpaksa diusung keluar selepas dikasari pemain tengah QPR, Shaun Derry pada minit ke-20. - AFP





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button