Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:12 0

DRB-HICOM ialah calon paling sesuai dan terbaik untuk mengambil alih 42.74 peratus pegangan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dalam Proton Holdings Bhd (Proton).


Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, Khazanah pastinya sudah meneliti dan membuat analisis terhadap cadangan dan pelan pengambilalihan yang dikemukakan semua pembida, sekali gus mengambil keputusan untuk menjual saham pembuat kereta nasional itu kepada pihak yang dirasakan paling berkemampuan.




“Saya percaya Khazanah sudah menilai secara menyeluruh pelan yang dikemukakan DRB-Hicom dan berasakan mereka calon paling sesuai,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sebelum ini, beberapa pihak lain dilaporkan berminat untuk mengambil alih pegangan saham berkenaan iaitu Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh; Kumpulan Syarikat Naza (Naza); kumpulan pemegang saham yang dikaitkan dengan UMW Holdings Bhd dan kumpulan Tan Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez (Arumugam-Lopez). Penganalisis OSK Research, Ahmad Maghfur Usman baru-baru ini berkata, DRB-Hicom dilihat mempunyai kelebihan sebagai calon pilihan berdasarkan keupayaan pasukan pengurusan, kekuatan kewangan dan pakatannya bersama pengeluar kereta terbesar Eropah, Volkswagen AG.




“DRB-Hicom memiliki pakatan bersama Volkswagen AG dalam menjadikan Malaysia sebagai hab terbesar bagi pengeluaran model Volkswagen di pasaran Asean. Dari segi pembiayaan, DRB-Hicom tidak berdepan sebarang isu kewangan berikutan paras hutang perniagaan yang terkawal,” katanya.




Presiden Persatuan Vendor Proton, Datuk Nor Azmi Jaafar berkata, pihaknya berharap DRB-Hicom mengekalkan polisi sedia ada bagi menjaga kepentingan industri pembekal komponen kenderaan terbabit.






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button