Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:17 0




Tan Sri Azman Mokhtar
Tan Sri Azman Mokhtar

TEKA-teki mengenai pemilikan kepentingan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam Proton Holdings Bhd (Proton) terjawab semalam apabila Khazanah mengumumkan ia akan menjual 42.74 peratus kepentingannya kepada Kumpulan DRB-Hicom Bhd menerusi jualan bersyarat pada harga RM5.50 sesaham atau RM1.291 bilion.


Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat berikutan perbincangan dan penilaian terperinci pelbagai cadangan bagi memastikan proses itu diteliti, nilai kewangan yang wajar diterima dan pemegang saham baru itu boleh membawa syarikat pembuat automotif nasional itu ke peringkat seterusnya.




Bagaimanapun, penjualan ini masih lagi tertakluk kepada kelulusan pemegang saham DRB-Hicom.


“Sebaik selesainya perjanjian jual dan beli, DRB-Hicom perlu melaksanakan tawaran awam mandatori ke atas baki saham Proton,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam.




Menurutnya, hasil penilaian menyeluruh cadangan itu, pihaknya mendapati DRB-Hicom adalah entiti yang paling sesuai untuk mengambil alih kepentingan dalam Proton berikutan ia menawarkan strategi perniagaan yang jelas dan boleh dilaksanakan.




“Cadangan DRB-Hicom turut memperlihatkan yang pembabitan menyeluruh syarikat dalam sektor automotif dan rangkaian kerjasama strategik tempatan serta antarabangsa.



“Cadangan strategi dan pelan perniagaan DRB-Hicom menyediakan platform yang efektif bagi meningkatkan kemampanan Proton serta memenuhi keperluan pertumbuhan jangka panjangnya. Malah, ia turut mengemukakan harga tawaran yang boleh diterima kepada Khazanah,” katanya.




Sejak beberapa bulan lalu, banyak pihak secara langsung dan tidak langsung mengumumkan minat untuk memiliki kepentingan dalam Proton. Sementara itu, dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, DRB-Hicom yang mempunyai kaitan dengan jutawan, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, berkata cadangan pengambilalihan itu dijangka mampu mewujudkan sinergi dan peluang perniagaan untuk kumpulan DRB-Hicom serta Proton bagi mengembangkan program vendor setempat dan tempatan.



Menurutnya, DRB-Hicom akan mengekalkan hasrat dan kepentingannya untuk melindungi syarikat pembuat kereta itu dan pada masa sama, menggalakkan, memudahkan, mengembangkan dan meningkatkan industri automotif tempatan, sekali gus menjadikan Malaysia hab automotif pilihan.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button