Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:46 0

Konsert Simple Plan – Get Your Hear On! yang dibawa khas oleh syarikat telekomunikasi, Tune Talk bakal membuka tirai tahun 2012. Kunjungan julung kali Simple Plan ke Malaysia selepas 12 tahun berada dalam industri hiburan sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat genre punk-rock ini.


Simple Plan dijadualkan akan menghiburkan peminat tempatan pada 14 Januari 2012 mulai pukul 8:30 malam bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Tiket-tiket pula dijual dengan harga permulaan RM98, RM188 & RM258.


Konsert jelajah ini merupakan salah satu strategi promosi untuk album ke-4 yang dilancarkan sekitar Jun 2011 lepas. Menarik sekali, single terbaru mereka berjudul “Jet Lag” yang dimuatkan dalam album ke-4 ini turut menampilkan Natasha Bedingfield sebagai cameo. Di Kanada, Get Your Heart On! muncul di tangga ke-2 dalam Canadian Album Chart dengan penjualan mencecah 13 000 cetakan, tewas kepada penyanyi bersuara lantang, Adele yang menduduki tangga ke-1 dengan jumlah jualan mencecah 15 000 cetakan.


  • No related posts.

  • 0 comments

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    close button