Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

11:12 0
Semenjak Yuna menjadi salah seorang perintis penyanyi wanita melalui Youtube, kini ramai wanita tempatan yang sudah berani bermain gitar dan menyanyi di laman Youtube, antaranya termasuklah Najwa Latiff, Zee Avi, dan terbaru ialah Diandra Arjunaidi.

Menarik disini, Diandra Arjunaidi adalah artis pertama yang bernaung di bawah Yuna Room Records. Mempunyai darah campuran Indonesia dan Malaysia, gadis yang baru berumur 20 tahun ini mula menceburi bidang muzik seawal umur 14 tahun lagi. Diandra turut menyatakan bahawa dia mula bermain gitar disebabkan ayahnya.

Mula dikenali melalui lagu sendiri berjudul ‘You’ di laman Youtube, Diandra sedikit-sedikit mencipta nama apabila orang ramai mula menunjukkan minat terhadap lagu ciptaannya. Diandra yang kini sedang melanjutkan pelajaran dan mengambil diploma dalam persembahan juga mengaku bahawa dia turut mendambakan peluang untuk berlakon jika diberi tawaran.

“Saya memang teringin untuk berlakon jika diberi tawaran, namun begitu, ianya bergantung juga pada watak dan skrip yang diberikan.”

Namun begitu, terdapat juga kritikan orang ramai yang menyatakan bahawa Diandra hanya meniru Yuna kerana dia turut menggunakan gitar sebagai imej, namun begitu Diandra menafikan kritikan ini.

“Sebagai penyanyi, saya hanya menggunakan gitar sebagai medium untuk mencipta lagu, dan ia bukannya imej saya.”

Album pertama Diandra Arjunaidi kini boleh didapatkan di pasaran dan yang pasti, kesemua lagu didalam album tersebut adalah ciptaan Diandra sendiri. Jadi, sila dapatkan anda punya sekarang!

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button