Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:56 0
Terkejut sebentar dunia hiburan apabila gambar sosial Miera Liyana tersebar disebuah laman web hiburan.

Gambar yang berkemungkinan besar dikirim oleh orang-orang dalam ini juga dilihat berkemungkinan ada konspirasi ingin menjatuhkan Miera Liyana. Sebentar tadi, OHBULAN! berjaya menghubungi Miera Liyana bagi mendapatkan kenyataan berhubung isu gambar sosial berkenaan.

“Hah, itu gambar yang baru kami ambil semalam di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang,” jelas Miera memulakan perbualan.

OHBULAN! turut difahamkan bahawa gambar itu diambil selepas Miera Liyana habis menjalani penggambaran dan kebetulan rakan-rakan Miera dari Australia berada di Pulau Pinang dan dia mengambil kesempatan untuk bertemu mereka di Hard Rock Cafe.

“Semalam saya habis penggambaran awal dan kawan-kawan saya mengajak saya untuk pergi makan bersama mereka. Krew produksi dan produser pun ada dengan saya sekali,” ujar Miera Liyana.

Gambar itu turut memaparkan seorang lelaki memegang sebotol air arak dan Miera Liyana menafikan yang dia memang tidak menyentuh air tersebut.

“Botol itu dipegang oleh salah seorang kawan saya dan saya hanya bergambar bersama mereka. Saya memang tak minum dan itu hanya gambar saya dan kawan-kawan saya. So, janganlah salah anggap ya.”

Ditanya betulkah dia ada ‘stalker’ yang sedang memerhatikan pergerakannya, Miera Liyana agak terkejut dan dia sendiri tidak tahu ‘stalker’ tersebut adalah lelaki atau perempuan.

Kepada peminat semua, ini hanyalah gambar sosial dan seperti juga orang lain, Miera Liyana punyai kawan-kawan. Janganlah bersangka buruk ya.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button