Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

16:02 0

Abon di rancangan Selamat Pagi 1Malaysia di TV1 beberapa hari lepas.


Tahukah anda yang Abon pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Dewan Bahasa dan Pustaka satu ketika dulu? Rasanya sudah lama juga Abon menjadi pelawak, tetapi baru kini nama Abon benar-benar menyerlah selepas menempa kejayaan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega bersama rakan selawaknya, Os.Ketika komen tentang lawak cerdik kepada Utusan Malaysia, Abon menyatakan:-


Cita rasa orang sekarang lebih kepada lawak slapstik berbanding lawak cerdik. Sebagai bukti, lawak cerdik dipersembahkan pada episod satu hingga tiga di MLM, sambutannya memang ada tapi tak meriah macam persembahan slapstik minggu berikutnya.

Saya bekalkan ‘punch line’ dan point tanpa mengetepikan soal budaya orang kita. Mana-mana perkara penting yang kita hampir lupa, Osbon ingatkan semula dalam bentuk jenaka.


Osbon juga memberikan justifikasi tentang lawak Osbon yang acap kali menampilkan Abon dalam pakaian perempuan:-


Bukan semua keadaan seseorang pelawak itu boleh berpakaian perempuan, semuanya bergantung pada jenis persembahan. Karakter zahir saja perempuan tapi tak bolehlah lembut macam perempuan.


Nah, apa pun, hasilnya Abon kini sudah berjaya dalam karier lawaknya. Ternyata impian itu mampu dicapai, untuk mereka yang percaya.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button