Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:32 0

KUALA LUMPUR – siasatan dakwaan penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata segala keterangan mereka yang terlibat telah diambil, manakala dokumen berkaitan pula telah dikumpulkan.

“Siasatan ini akan selesai bila-bila masa sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Jumaat.

Mustafar yang mengetuai pasukan khas bagi sebarang kes berkaitan NFC, bagaimanapun enggan mengulas sama ada SPRM telah mengambil keterangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan suaminya yang juga Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

“Saya tidak mahu komen. Mereka yang terlibat akan dipanggillah,” kata Mustafar.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dilapor berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak ada menyebut perkataan seperti “kucar-kacir”, “in a mess” atau penyelewengan dalam laporan audit projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan. Sebaliknya kata Ambrin, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan adalah pencapaian projek NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukan NFCorp sebagai sebuah syarikat.

Isu NFC berbangkit ekoran laporan audit itu dan disusuli dengan dakwaan pembangkang bahawa berlaku penyelewengan dana NFC yang dikaitkan dengan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang. -Bernama

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button