Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:26 0

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian langgar lari baru-baru ini.

HKL melalui satu kenyataan media memberitahu, lelaki berketurunan India tersebut berusia lingkungan 50an dan hanya dikenali sebagai Chandran.

“Pesakit dimasukkan ke Jabatan Kecemasan HKL setelah dijumpai dilanggar lari ditepi jalan tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama dengan pesakit,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pesakit kini berada di wad GICU HKL, tidak sedar dan menggunakan alat bantuan penafasan.

Kata kenyataan itu, waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pesakit diminta menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan HKL di talian 03-26156464 sambungan 6906/5957 atau hubungi terus Wad GICU HKL di talian 03-2615 5555 sambangan 6644/6050.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button