Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:23 0

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihatkan orang ramai supaya segera membuat bayaran bil air tertunggak mereka untuk mengelakkan pemotongan bekalan air.

Pengarah Eksekutif, Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, orang ramai perlu berbuat demikian dengan segera kerana Syabas sedang melaksanakan operasi bil tertunggak bagi bulan Februari 2012.

Katanya, antara lokasi yang terlibat dalam operasi bil tertunggak kali ini adalah kawasan Kuala Lumpur, Hulu Langat, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Petaling.

“Tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada pengguna yang gagal menjelaskan bil tertunggak.

“Sekiranya tindakan telah diambil pengguna akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM25 dan caj penyambungan semula sebanyak RM25 sebelum penyambungan semula dapat dibuat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Abdul Halem seterusnya berkata, caj yang dikenakan bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air seperti yang diwartakan Kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997.

Justeru, beliau meminta pengguna yang mahu mendapatkan maklumat lanjut supaya menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222.

“Para pengguna juga boleh memilih untuk daftar masuk ke laman web Twitter dan Facebook Syabas,” katanya lagi

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button