Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

22:15 0
Sebuah video berjudul ‘Artis bodoh kutuk pakatan rakyat‘ yang menampilkan Shaheizy Sam, Osman Kering & Faizal Hussein telah menjadi viral di sejak di-uploadkan ke laman Youtube, semalam. Video berdurasi 5:27 minit ini memaparkan pandangan Shaheizy Sam & Osman Kering mengenai isu perhimpunan Bersih yang menjadi polemik politik sekitar Julai, tahun lalu.



Soalan yang ditanyakan kepada ketiga-tiga selebriti ini berbunyi, “Apa pendapat anda tentang Perhimpunan Haram Bersih?

Sam Shaheizy membalas, “Of course, dijatuhkan hukum haram lah. Tapi kalau tujuan perhimpunan mereka untuk menyuarakan suatu benda yang elok, sudah tentu kerajaan kita takkan jatuhkan benda tu sebagai haramlah. Saya sendiri pun tak paham apa yang ingin dibersihkan. Sam dah selesa dengan apa yang ada sekarang walaupun ada kekotoran yang kecil, tetapi Sam rasa ia dah cukup bersih untuk Sam. Siapa atau di mana sahaja selagi ianya ditadbir oleh manusia, pasti ada kelemahan & kesilapan mereka sendiri. Manusia ni tidak sempurna, tapi selagi Sam merasa mereka boleh mentadbir negara kita dengan sebaik-baiknya seperti mana yang Sam berada sekarang ni, itu Sam rasa dh cukup bersih untuk Sam.
Osman Kering pula memberikan pendapat, “Bagi saya mereka yang terlibat dengan perhimpunan haram itu adalah mereka yang tak tau apa pun. Mungkin mereka diupah atau sukarela terlibat dr awal. Tetapi bagi saya kebanyakan orang yang mengambil bahagian adalah orang yang sekadar ikut-ikutan. Penampilan mereka tidak menggambarkan orang yang ada pendirian. Mereka hanya ikut-ikutan tetapi tidak tahu apa-apa. Datuk Ambiga adalah peguam bela kes murtad. Ini adalah makhluk-makhluk yang ingin menjahanamkan negara & tidak ada arah tujuan. Manusia seperti ini harus dijauhkan dan jangan diambil kira apa pandangan mereka.
Faizal Hussein turut menambah, “Kita harus berfikir secara terbuka, jangan cepat melatah & cepat mempercayai orang-orang yang cuba menghuru-harakan Malaysia. Kita boleh berfikir & ada hak untuk mengundi bagi menentukan kerajaan kita sendiri. Kita tak seharusnya berfikir untuk menukar kerajaan tetapi kita hanya perlu membaik pulih sistem yg sedia ada.
Bagaimanapun, respon mereka bertiga sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan suara telah disalah tafsir oleh pihak tertentu. Pada pandangan anda, adakah mereka bodoh seperti yang didakwa oleh pihak tersebut? Ya atau tidak?

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button