Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:10 0
Mungkin ramai yang tak tahu dan tak sedar lagi dengan link-link spam yang bersepah di Facebook sekarang ni, terutamanya dengan tajuk-tajuk yang panas, contoh seperti semalam banyak link yang bertajuk “HEBOH!! video Mesum Syahrini Tersebar Di Internet!” di kongsikan secara tidak sengaja oleh kawan-kawan mereka di facebook.



http://cerciterpanas.blogspot.com



Itu sebenarnya boleh diklasifikasikan sebagai virus, ini kerana apabila korang klik laman web tersebut, secara tak langsung korang pulak yang akan mempromosi atau berkongsi laman web tersebut kepada orang lain tanpa korang sedari, walaupun ketika itu korang sudah log keluar dari facebook, virus itu tetap berjalan di alam maya untuk membiakkan lagi virus-virus spam tersebut.




http://cerciterpanas.blogspot.com



Ini pula printscreen yang admin sempat ambil yang kebanyakkan telah di klik oleh pengguna secara sengaja atau tidak untuk membaca atau melihat isu kandungan tajuk berita tersebut pada hari ini (2/2/12), mungkin ada rakan korang juga yang berkongsi link tersebut bukan?



Jadi, kalau ternampak link-link yang mencurigakan dengan tajuk yang pelik-pelik janganlah cuba-cuba nak klik link tersebut.. kang tak pasal-pasal korang pulang yang nanti yang kongsi link tu..



P/s: hati – hati ya, kalau nampak link cerciterpanas tu takpa, tu bukan virus ,ekeke.

sumber:-nizarazu.com

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button