Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:05 0

 
TANJUNG MALIM 2 Feb. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini akan menubuhkan sebuah sekolah makmal pertama di Malaysia yang meliputi prasekolah sehingga sekolah menengah secara berperingkat-peringkat bermula pada awal tahun depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, penubuhan sekolah makmal itu berharga RM41 juta mampu memberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya kepada penuntut dan siswazah UPSI.



Operasi, kokurikulum dan pengurusan sekolah dalam universiti ini dijalankan sepenuhnya oleh UPSI, katanya kepada pemberita selepas melawat UPSI hari ini.

Beliau berkata, sekolah makmal tersebut diwujudkan yang melambangkan status dan peranan UPSI sendiri sebagai sebuah universiti pendidikan yang tersohor di negara ini.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, sekolah makmal bagi peringkat prasekolah telah dimulakan pada awal tahun ini, tetapi menumpang di sebuah bangunan di UPSI.

"Setakat ini kami mempunyai 70 orang kanak-kanak tadika di sekolah kami dan tahun depan kita akan mulakan peringkat seterusnya satu persatu iaitu peringkat sekolah rendah apabila mereka mula naik ke tahun satu,” katanya. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button