Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:20 0
Isu pergaduhan di restoran makanan segera, KFC di i-City, Shah Alam yang melibatkan pekerja-pekerja restoran itu dan seorang pemuda Cina, Danny Ng baru-baru ini benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Setelah insiden itu terjadi, ramai pihak menunding jari antara satu sama lain dan perdebatannya hangat dibincangkan terutama dalam internet.

Ramai yang telah memberikan reaksi berikutan rakaman itu dan menyatakan punca pergaduhan terjadi kerana Ng telah mengeluarkan kata-kata kasar dan biadap terhadap pekerja-pekerja KFC terbabit.

Seorang wanita yang merakamkan insiden di cawangan restoran makanan segera itu berkata, beliau mendengar pertelingkahan yang kuat di antara seorang pelanggan dan kakitangan KFC.

Wanita itu, yang mahu dikenali sebagai Jess, pada sidang media, Sabtu, memberitahu bahawa dia mendengar pelanggan memberitahu kakitangan outlet yang mereka sepatutnya memaklumkan kepada pelanggan jika cawangan tersebut telah kehabisan ayam.

Jess berkata, salah satu kakitangan bertindak balas dengan memberitahu pelanggan supaya tidak bersikap kurang ajar.

Sejurus kemudian, pergaduhan telah berlaku di antara pelanggan dan kakitangan cawangan.


Memang jelas di dalam rakam tersebut Ng telah meninggikan suara dan memarahi pekerja-pekerja KFC tersebut.

Namun, kejadian itu berlarutan apabila Ng semakin ‘rancak’ memarahi pekerja-pekerja KFC di  situ yang mendorong kepada pergaduhan antara mereka.

Bagaimanapun, Ng dalam kenyataannya bersama ADUN DAP Segambut, Lim Lip Eng, menafikan dirinya bertindak melampau sehingga mencetus insiden hangat tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, polis akan mengambil tindakan ke atas media yang didapati menimbulkan isu perkauman dalam laporan mereka berhubung insiden pergaduhan yang didakwa berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, polis juga akan mengambil tindakan ke atas penulis komen yang menimbulkan isu perkauman di Youtube, ekoran penerbitan rakaman insiden berkenaan di laman itu.

Menurutnya lagi, polis setakat ini hanya mengambil tindakan ke atas insiden pergaduhan di Kentucky Fried Chicken i-City itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

 p/s:- lempar batu sembunyi tangan...sendiri jawab la

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button