Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:00 0

KUALA LUMPUR – Lembaga Jurutera Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaaan Malaysia (CIDB) akan menganjurkan Karnival Kerjaya Industri Pembinaan (CICF) di Pusat Konvensyen CIDB di sini pada 13 Februari ini.

Lembaga Jurutera Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, karnival yang diadakan bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa 2012 itu antara lain bertujuan mempamerkan sumbangan industri pembinaan terhadap kemajuan negara.

“Ia juga sebagai pendedahan kepada para pelajar dan ibu bapa terhadap realiti industri kejuruteraan, seni bina dan juruukur bahan sehari dalam kehidupan seorang Jurutera, Arkitek dan Juruukur Bahan serta menyediakan panduan pemilihan kerjaya oleh pakar industri,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, CICF turut menyediakan peluang pekerjaan dalam industri pembinaan melalui temuduga terbuka oleh syarikat perunding kejuruteraan, seni bina dan ukur bahan kepada para graduan.

Kata kenyataan itu, peluang penempatan latihan industri (praktikal) bagi para pelajar universiti juga disediakan bersempena karnival tersebut.

Justeru, kata kenyataan itu, pelajar sekolah menengah, universiti dan graduan digalakkan hadir pada karnival itu bagi mendapatkan pelbagai maklumat berguna. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button