Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:00 0

KUALA LUMPUR – Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) akan melancarkan sebuah projek khas bagi membantu golongan muda yang tercicir dalam bidang akademik seperti tidak bersekolah atau gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Yahya berkata, program dikenali sebagai Projek Puncak itu akan membina semula kerjaya para golongan muda terbabit melalui program kemahiran atau latihan di tempat kerja.

“Projek Puncak ini juga melibatkan program keusahawan kecil dengan penyediaan khidmat pemantauan, bimbingan dan kaunseling serta latihan pembangunan diri secara berterusan dan terancang.

“Projek ini akan dilaksanakan secara pilot di beberapa kawasan Parlimen terpilih di seluruh negara,” katanya melalui satu kenyataan media.



Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sebahagian peserta akan ditempatkan di pusat latihan untuk menjalani pelbagai kursus latihan kemahiran yang bersesuaian untuk memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2.

Manakala, katanya, sebahagian lagi peserta akan menjalani program perantisan disyarikat-syarikat terlibat selama enam bulan sebelum diserapkan sebagai sepenuh masa jika lulus dalam program itu.

Sebahagian kecil lagi akan diberi peluang menjalankan perniagaan kecil yang bersesuaian dengan kerjasama TEKUN Nasional, katanya.

Justeru, kata beliau, golongan muda yang gagal dalam peperiksaan SPM atau tidak bersekolah disaran menghubungi Sekretariat Projek PUNCAK di talian 03-55194166/55194167/55104166 atau e-mel kepada puncak@pembina.org.my. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button