Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:00 0

KUALA LUMPUR – Seramai 85 pelajar Tahun Dua Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun (RPKJ) Universiti Malaya (UM) akan menerima sijil dan melanjutkan pengajian di Jepun bermula penghujung bulan depan.

UM melalui satu kenyataan memberitahu, majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus RPKJ bagi sesi 2011/2012 itu dijadual diadakan di Dewan Tunku Canselor UM pada 9 Februari ini.

“Seramai lima pelajar cemerlang pula akan menerima Hadiah Buku Lembaga Amanah Sojitz manakala 13 lagi pelajar akan menerima Hadiah Pemenang Peraduan Esei Tabung Amanah Sojitz pada majlis tersebut,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, majlis berkenaan turut dijadual dihadiri Duta Besar Jepun ke Malaysia, T.Y.T Shigeru Nakamura.

Jelas kenyataan itu, kursus RPKJ diadakan selama dua tahun dan mula diperkenalkan pada tahun 1984 dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tambah kenyataan itu, kursus berkenaan turut mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan, Sukan, Sains dan Tekonologi Jepun, Kedutaan Jepun di Malaysia dan The Japan Foundation, Malaysia. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button