Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:00 0

KUALA LUMPUR -Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa wujud budaya mempolitikkan isu rasuah semata-mata untuk mencapai matlamat di negara ini.

Dakwa beliau, budaya itu sampai ke tahap menawarkan undi mereka untuk dijual kepada pembida tertinggi dalam menunaikan hasrat peribadi tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

“Oleh itu semua pihak perlu menyokong segala usaha membanteras rasuah dan tidak mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kepentingan agenda masing-masing,” dakwanya.

Beliau membuat dakwaan itu pada syarahan perdana bertajuk Integrity, You Know It, But Do You Have It? di Universiti Tenaga Nasional, Bangi semalam.

Dakwaan itu disiarkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM hari ini.

Justeru, Tun Hamid dilapor mengingatkan masyarakat supaya tidak memperdagangkan undi masing-masing serta tidak mempolitikkan isu rasuah.

Menurut beliau, isu rasuah memerlukan keazaman politik bukan sahaja di pihak memerintah sebaliknya semua pihak yang berkecimpung dalam politik di negara ini.

Dalam pada itu, katanya, beliau yang pernah menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Dan Pencegahan Rasuah (LPPR) pernah melihat kekecewaan pegawai SPRM yang menjalankan tugas dengan tekun dan amanah.

Jelas beliau, pegawai SPRM sepatutnya mendapat sokongan penuh dan masyarakat perlu sedar pegawai pegawai SPRM melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan integriti tanpa memilih bulu dalam tugasan mereka. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button