Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:00 0

KUALA LUMPUR – Industri perfileman di Asia Tenggara akan mencipta sejarah baru apabila sebuah filem berjudul Di Bawah Satu Langit akan menggabungkan para pelakon dan tenaga kerja membabitkan lima negara dari rantau ini tidak lama lagi.

Filem arahan pengarah filem dari Indonesia, Aditya Gumay itu akan menggabungkan ramai pelakon dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina di mana penggambarannya dirancang dijalankan sama ada di Singapura ataupun negara ini.

“Jika perancangan ini berjalan lancar maka ini adalah filem pertama yang berjaya menggabungkan para karyawan filem dari 5 negara terbabit. Filem ini akan menggunakan bahasa Inggeris. Ia mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah antarabangsa.

“Mereka (pelajar) datang daripada 5 negara tersebut. Ini adalah usaha saya mahu menyatukan pasaran filem di rantau ini. Buat masa ini kami sedang berbincang dan mencari pelakon yang sesuai kerana skrip dan jalan ceritanya sudahpun siap,” ujarnya.

Aditya yang mewakili Persatuan Artis Filem Indonesia (Parfi) ditemui sewaktu hadir pada Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIS) yang berlangsung di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur pada 31 Januari hingga 3 Februari lalu. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button