Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

08:00 0
Trendsetter kali ini, OHBULAN! bakal bawakan pada anda tips-tips untuk memiliki gaya dan warna mekap yang sesuai untuk mata anda ketika menghadiri majlis makan malam ataupun keluar bersama si dia.

Terdapat banyak cara untuk anda kelihatan cantik, namun bukan senang untuk menyesuaikan sesuatu mekap itu dengan kulit anda. Apa yang penting anda mesti tahu asas dan cara-cara yang betul apabila mengenakan mekap.

Model : Shinie Sharif
Mekap & Gaya : Asnita Manshor
Foto : Adhadi Mohd

Pertama sekali, gunakan foundation mengikut kesesuaian warna kulit. Sebagai contoh, foundation jenama Kryolan Stick No. 4 & 5 digunakan ke atas wajah model dalam tutorial ini.

Kemudian sapukan loose powder dengan menggunakan brush dan ratakannya ke seluruh wajah.



MATA SMOKEY EYES

Bahagikan kepada 3 bahagian (lapisan)

Lapisan pertama dimulakan dari sisi ekor mata dengan menggunakan warna hitam (Eye Gel jenama MAC) dan disapu dengan membentuk separuh bulatan di atas kelopak mata.

Lapisan kedua juga dimulakan dari sisi ekor mata dan membetuk separuh bulatan selepas warna hitam tersebut. Kali ini eyeshadow berwarna biru (Sea & Sky jenama MAC) digunakan .

Lapisan ketiga dimulakan dari arah berlawanan iaitu dari sisi yang rapat dengan hidung. Sapukan  Eyeshadow berwarna Malt/Ricepaper  jenama MAC. Blendkan dari sisi luar ke sisi dalam mata. Gelapkan lagi lapisan pertama  dan kedua dengan menggunakan adunan warna hitam dan biru.

Gunakan eyeliner gel hitam jenama MAC di atas kelopak mata dan  di bahagian bawah pula menggunakan pensel penggaris yang berwarna hitam.



Kemudian, barulah kerja-kerja melukis kening dilakukan. Lukis dan bentuk kening dengan menggunakan eyeshadow pensil berwarna brown dan selepas itu gunakan berus dan sikat dari arah depan ke belakang mengikut lukisan kening tadi untuk mendapatkan bentuk kening yang cantik.

Oleh kerana teknik smokey eyes ini banyak bermain dengan pembayang mata berwarna gelap, pastikan anda menggunakan warna-warna lembut pada bahagian pipi dan bibir. Contohnya, apabila bahagian mata sudah gelap pastikan anda memilih pemerah pipi dan gincu warna merah jambu lembut atau coklat tanah.

Selain itu, jangan sesekali menyapu pembayang mata berwarna gelap di bawah mata dengan alasan untuk menampakkan mata yang lebih besar. Kerana ini akan membuatkan mata anda akan kelihatan terlalu sarat atau lebam. Cukup sekadar menggunakan penggaris mata.



Bagi menampil solekan yang lebih ranggi, anda juga boleh mempelbagaikan adunan warna dengan aplikasi pembayang mata rona biru, ungu, hijau atau coklat. Misalnya, aplikasi lapisan pertama dengan ungu lembut dan diikuti lapisan kedua ungu gelap serta adunkan bersama warna hitam di ekor mata.

Mekap ini sesuai dipakai pada waktu malam ketika anda pergi makan malam bersama si dia atau majlis formal.



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button