Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:01 0

Mutakhir




KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu menawarkan dua kawasan yang keseluruhannya hampir lima hektar di Banggol Air Leleh, Kuala Nerus untuk pembinaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri akan mengemukakan perkara itu kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


"Kita harap KPT memberi ruang dan peluang kepada Kolej Komuniti dan Kolej Politeknik Kuala Terengganu membina kolej masing-masing di situ," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian baucar buku kepada 438 pelajar Politeknik Kota di sini, hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Politeknik Kota, Radiah Che Su.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri berhasrat menjadikan kawasan Kuala Nerus sebagai hub pendidikan tinggi negeri Terengganu kerana di kawasan itu sudah terdapat pelbagai IPT.

Beliau berkata, pada dasarnya kini Kolej Komuniti yang menyewa di kawasan tersebut dan pihak pengurusan kolej berkenaan bersetuju untuk membina kolej itu di situ dengan mencadangkan kepada KPT untuk menjadikan Banggol Air Leleh sebagai salah satu cawangan.

Sebelum itu, dalam ucapannya Ahmad Razif berkata, pelajar IPT awam jangan mencampur adukkan pelajaran dengan perkara yang boleh merosakkan pemikiran mereka.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan sebanyak RM200 seorang kepada pelajar IPT awam menggambarkan kerajaan begitu serius dalam melahirkan pelajar ilmuwan.

Sementara itu, Radiah berkata, Politeknik Kuala Terengganu (PKT) berjaya melahirkan 2,869 graduan sejak ditubuhkan 1 Januari 1999 di bawah konsep kampus dalam kota.

Katanya, kini PKT mempunyai empat kampus dengan 479 pelajar daripada program sijil dan diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik dan teknologi maklumat. - BERNAMA






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button