Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:58 0

KALAU sudah jadi orang popular akan mudahlah seseorang itu jadi lupa daratan. Macam juga seorang aktres terkenal ini yang SS lihat suka sangat berangan. Sejak dulu lagi macam-macam versi cerita yang SS dengar mengenai sikap berlagak dan egonya itu.


Kalau sebut cantik memanglah dia jatuh dalam kategori cantik. Namun jangan lupa bahawa kategori cantik pun ada macam-macam. Ada yang cantik dan tak jemu mata memandang seperti Eja dan Maya Karin tetapi ada juga cantik yang raut muka jenis sombong. Kategori yang cantik-sombong itulah menjadi milik aktres yang SS nak gosip kali ini.


Sebelum ini dengar cerita dia hanya baik dengan beberapa wartawan terpilih

saja, malah ada masanya kalau selisih bahu dengan editor hiburan pun dia akan buat tidak reti sebab alasannya tidak kenal. Tapi kalau tidak kenal pun, perlukah buat muka sombong tak tentu pasal? Rugi ke kalau nak lempar senyuman kepada orang yang memandang? Rajin-rajinlah mendengar lagu Raihan, Senyum, kalau tak faham apa SS nak bebel ini.



Cerita terbaru yang SS dengar kelmarin, baru-baru ini dia diundang menjayakan satu program hiburan. Seperti biasalah dia tak akan boleh hidup kalau dalam sehari tidak buat muka ‘kekwat’. Kalau bercakap, dia susah nak pandang muka orang dan nada suara pun macam ada yang sendat.



Namun hari itu aktres itu memang silap hari bulan. Dia cuba kekwat dengan seorang personaliti terkenal yang ada pengaruh sangat besar dalam program berkenaan dan cuba tunjuk lagak sombong.

Apa lagi, di lokasi itu juga aktres berkenaan kena basuh habis-habisan sampai mukanya berubah jadi merah macam udang kena bakar. Nyaris-nyaris sikit lagi air matanya nak meleleh. Memang sesuai benarlah kena bambu ‘kaw-kaw’ (habis-habisan) dengan rakan SS tadi sebab perangainya itu juga membuatkan kru-kru lain terasa hati juga.

Itulah lain kali bawa sedar diri apabila menjadi anak seni. Janganlah hidup meninggi diri dan perasan diri kita bagus. Kalau kita bagus, ada orang yang

lebih bagus lagi dan lebih lama makan garam daripada kita.

SS: Tabik 12 bulan setahun dengan Datuk Siti Nurhaliza. Sudahlah cantik dengan bakat terbilang, senyuman�nya boleh jadi penyejuk hati.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button