Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:26 0

Sokongan terhadap SOPA dan PIPA terhakis


19/01/2012 1:10pm


WASHINGTON 19 Jan. – Sokongan anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) terhadap dua rang undang-undang untuk menyekat kegiatan cetak rompak dalam talian semakin terhakis semalam selepas Wikipedia dan Google mengetuai protes dan melabel kedua-dua usul sebagai ancaman terhadap kebebasan Internet.


Ratusan laman web lain menyertai dua gergasi Internet itu untuk mengutuk rang undang-undang yang dikemukakan di Dewan Perwakilan dan di Senat dengan tujuan untuk menyekat cetak rompak filem dan muzik dalam talian dan penjualan barang tiruan.


Wikipedia semalam menutup versi bahasa Inggeris ensiklopedia dalam taliannya selama 24 jam untuk memprotes Akta Sekat Cetak Rompak Dalam Talian (SOPA) yang dibentangkan di Dewan Perwakilan dan Akta PROTECT IP (PIPA) di Senat. – AFP


0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button