Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

08:00 0


Namun kali ini, bukan calang-calang saingannya. Sam yang mula berlakon seawal umur 12 tahun akan bersaing bersama-sama hero pujaan ramai, Aaron Aziz, Adi Putra, Shamsul Yusof dan juga Bront Palarae. Apa yang OHBULAN! lihat, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Wartawan OHBULAN! berjaya mendapatkan komen dari Sam selepas pengumuman mengenai Top 5 Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) berakhir. Pelakon yang sudah berumur 29 tahun ini juga turut menjelaskan bahawa dia tidak akan lupakan jasa peminat yang sentiasa menyokong dia dalam industri hiburan.

“Saya bersyukur dapat peminat yang sentiasa menyokong saya walau dimana juga mereka berada,” ujar Sam terharu.

Tambah Sama lagi, “Walau bagus macam mana sekali pun, semuanya terletak di tangan peminat. Tanpa sokongan padu dari mereka, saya takkan mungkin menang.”

Manakala ketika ditanya mengenai teman wanita, pantas Sam menafikan tentang hubungan dia dengan mana-mana wanita.

“Setakat ini saya masih belum berpunya. Kalau ada yang nampak saya keluar bersama wanita lain, itu mungkin adalah kawan saya ataupun peminat kerana saya akan keluar dengan sesiapa sahaja yang saya mahu.”

Sam turut memberitahu bahawa setakat ini dia masih belum bersedia untuk mempunyai apa-apa hubungan dan bersedia untuk berumah tangga selewat-lewatnya apabila berumur 32 tahun

“Saya rasa, 32 tahun adalah masa yang paling sesuai untuk saya berumah tangga. Lagipun sekarang saya sudah ada keluarga yang sentiasa berada di sisi saya. Maklumlah, saya ni cepat hilang fokus apabila diprovokasi. Jadi saya perlukan seseorang yang boleh menenangkan saya, itu sudah mencukupi,” ujar Sam.

Jadi, kepada peminat-peminat yang meminati Sam, kemungkinan besar Sam mahu berkahwin pada tahun 2015, ada yang sudah bersedia untuk ‘jual minyak’? Mana tahu kan.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button