Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

16:53 0


“Belum berkahwin dan masih single”. Itulah jawapan yang diberikan oleh Fasha Sandha berkaitan gosip yang tersebar di beberapa laman blog hiburan baru-baru ini. Merujuk kepada gosip yang disebarkan, sumber yang dipercayai bekas wartawan hiburan mengesahkan bahawa Fasha Sandha sudah melangsungkan perkahwinannya di negara jiran, Thailand beberapa bulan lalu atas alasan kononnya ibu Jejai tidak merestui perhubungan mereka.

Kata sumber lagi, perkahwinan tersebut dirancang sebagai jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Ekoran daripada itu, sehingga kini Fasha Sandha masih enggan membuat sebarang pengumuman berkenaan hari istimewanya itu.

Bagaimanapun, Fasha Sandha yang ditemui ketika sidang media pengumuman ABPBH 25 di Hotel Holiday Villa Subang, lewat petang tadi menafikan gosip tersebut.

“Saya memang bersedia untuk berkahwin, akan tetapi masih belum bersedia untuk memaklumkan berita berkenaan kepada peminat. Berkaitan dengan gosip kahwin di Thailand, sudah tentulah ia tidak benar. Saya masih belum berkahwin dan masih single,” ujar Fasha Sandha sekaligus menolak dakwaan sumber berkenaan.

Dalam kejadian berlainan pula, seorang wartawan memaklumkan bahawa dia telah ditempelak oleh Fasha Sandha ketika menemubualnya di perkarangan Hotel Holiday Villa. Walau bagaimanapun, Fasha Sandha secara peribadi telah meminta maaf kepada wartawan tersebut sebaik sahaja majlis tersebut tamat.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button