Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

13:30 0

STUTTGART: Malaysia, yang mempamerkan dirinya sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik, menjadi tumpuan sebagai 'negara rakan kongsi' pada Pameran Pelancongan Pengguna CMT yang sedang berlangsung di Stuttgart, dari 14 hingga 22 Jan.


Semasa majlis perasmian pada Sabtu itu, Pavilion Malaysia dikunjungi datuk bandar Stuttgart diiringi pengerusi Messe Stuttgart, penganjur pameran itu dan pegawai tinggi Jerman yang lain.


Duta Malaysia ke Jerman, Datuk Ibrahim Abdullah datang dari Berlin ke Stuttgart untuk memberi sokongan kepada pameran Malaysia.

Delegasi Malaysia diketuai Datin Normasilah Musa, pengarah serantau untuk pasaran antarabangsa di Tourism Malaysia, manakala pengarah pejabat Tourism Malaysia di Frankfurt, Syed Yahya Syed Othman, merupakan orang penting bagi pertunjukan Malaysia.





Di sebalik krisis ekonomi di Eropah yang membawa kepada kejatuhan nilai Euro menyebabkan pelancong Eropah berjimat, Malaysia masih boleh mencatat 1,147,992 pengunjung dari benua itu pada 2010. - Bernama





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button