Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

22:05 0

Filem Mandarin, Petaling Street Warriors yang diterbitkan pada penghujung Disember lalu, adalah filem bergenre kungfu komedi terbitan Juita Entertainment yang berjaya menjuarai carta Chinese Box Office pada minggu pertama tayangannya mengatasi kehebatan filem Hong Kong yang berjudul Magic To Win.


Filem ini mengambil acuan daripada filem kungfu yang banyak diterbitkan di Hong Kong lalu diserap masuk dalam Petaling Street Warriors iaitu filem Malaysia yang menggunakan bahasa Cina sepenuhnya.


Mulai 12 Januari lalu, filem itu ditayangkan di Astro First selama sebulan dan khusus untuk penonton yang melanggan saluran itu, Petaling Street Warrior dialih suara ke bahasa Melayu menggunakan suara pengalih suara tempatan yang berpengalaman.

Filem arahan James Lee itu memilih Seputeh, Perak sebagai lokasi utama filem ini. Penggambaran yang memakan masa selama sebulan setengah dengan bajet RM3 juta, meletakkan Petaling Street Warrior sebagai filem Cina tempatan termahal pernah diterbitkan di Malaysia.





Bagi menjanjikan yang terbaik kepada peminat filem, penerbit, Sampson Yuan, menggunakan khidmat koreografer aksi lasak terkenal dari Hong Kong, Ma Yuk Sing. Antara babak aksi lasak yang dihasilkannya boleh ditonton menerusi filem Storm Riders 2 dan A Chinese Ghost Story.





Berlatarkan situasi di Jalan Petaling (Petaling Street) sekitar 1908, filem ini me�ngisahkan Shi Duyao (lakonan Mark Lee), seorang penjual mi Hokkien di sebuah warung di Jalan Petaling. Dia tidak tahu yang dia sebenarnya adalah pewaris Kerajaan Jianwen dari Dinasti Ming yang sudah melarikan diri ke Asia Tenggara beratus tahun dulu.

Isterinya, Zhung Li Chun (Yeo Yann Yann), secara rahsia cuba melindungi Shi Duyao dengan bantuan sepupunya Liu Kun (Namewee). Sering diganggu oleh penjahat yang mencari peta harta karun, Shi Duyao harus memahirkan diri dengan seni mempertahankan diri, Kungfu Dara (Virgin Kungfu Skills) secepat yang mungkin bagi menentang penjahat itu.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button