Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

12:47 0
Festival Filem Malaysia Ke-24 dicemari dengan kontroversi apabila Ogy Ahmad Daud dikatakan tersinggung dengan lawak Johan ketika bersama-sama mengacarakan majlis berkenaan, akhir tahun lalu. Berikutan daripada itu, Ogy dengan lantangnya membidas Johan di dada akhbar dan secara peribadinya ingin menyaman pelawak ini di mahkamah. Memetik kenyataan Ogy dahulu, “Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.”

Bagaimanapun, isu saman-menyaman itu bagaikan tiada kesinambungannya. Meninggalkan tanda tanya sama ada Ogy benar-benar meneruskan niatnya, atau sekadar …?

Johan yang selama ini mendiamkan diri sejak diserang isu terbabit akhirnya membuka mulut ketika sidang media ‘Lawak Ke Der?’, di Istana Budaya, lewat petang semalam. Johan berkata bahawa tidak mungkin dia terlepas cakap kerana mereka sudah pun menjalani rehearsal.

“Kalau awak ada di tempat kejadian, awak akan faham. Apa yang berlaku di atas pentas memang ada rehearsal, jadi tak mungkin saya terlepas cakap. Bagaimanapun, saya enggan memperbesarkan hal ini dan belajar daripada kesilapan.”

“Saya akui penghibur perlu menjaga sensitiviti apabila membuat persembahan di khayalak ramai. Insyallah, selepas ini saya akan lebih berhati-hati agar tidak menyinggung atau menyentuh perkara peribadi agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi,” jelas Johan dalam nada rendah diri.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button