Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

11:43 0

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang bertambah baik dengan hanya sebuah pusat pemindahan yang masih dibuka di Pekan.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sehingga pukul 9 pagi ini pusat pemindahan di Sekolah Sinar Mutiara itu menempatkan 323 orang dari 79 keluarga.

"Mereka terpaksa bertahan di pusat pemindahan berkenaan selepas air di penempatan mereka di Kampung Chenderawasih Sg Miang masih di paras 0.6 meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tiada jalan yang ditutup kepada kenderaan.




Di TERENGGANU, seramai 236 orang mangsa banjir di Setiu dibenar pulang ke rumah masing-masing hari ini.




Menurut portal banjir kerajaan negeri sehingga pukul 10 pagi ini, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan ialah 127 orang dari 68 keluarga.
Jumlah pusat pemindahan juga berkurang dari tujuh pusat semalam kepada dua hari ini iaitu di Surau Kampung Nyatoh yang menempatkan 59 orang dari 10 keluarga dan Balairaya Kampung Tasik yang menempatkan 68 orang dari 23 keluarga.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu berada pada tahap biasa pagi ini. -- BERNAMA



0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button