Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

00:26 0

MANCHESTER: Patrice Evra percaya perlu menunjukkan sifat kepimpinan sama ada dalam mahupun di luar padang selepas diberi tanggungjawab memikul tugas sebagai kapten Manchester United.


Selepas Nemanja Vidic diketepikan sepanjang musim ini dan tempat Ryan Giggs serta Rio Ferdinand dalam kesebelasan utama skuad kendalian Alex Ferguson belum terjamin, Evra menerima tanggungjawab besar itu.




Ujian pertama melihat karakter kepimpinan pertahanan Perancis itu adalah di Anfield pada bulan ini apabila United berkunjung ke Merseyside untuk pertembungan pusingan keempat Piala FA.


Ferguson sudah menyatakan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menurunkan Evra bagi perlawanan pertama menentang Liverpool sejak Luiz Suarez mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ke atas pemain itu yang menyaksikannya digantung lapan perlawanan.




Evra bagaimanapun enggan membincangkan perkara itu dan hanya menyentuh perlantikan tugas kapten sebagai satu lagi tanggungjawab tambahan kepadanya.




“Sudah tentu saya bangga. Amat istimewa diberi peluang menjadi kapten pasukan ini. Anda perlu menunjukkan contoh yang baik di padang mahupun di luar.” Evra pernah memikul tugas sebagai kapten United pada final Piala Liga 2010 yang menyaksikan Red Devils bangkit untuk menewaskan Aston Villa.



Bagaimanapun, pemain berusia 30 tahun itu sedar tanggungjawab mengetuai pasukan untuk meraih kejuaraan ke-20 adalah satu pencapaian yang amat berbeza.




Kemenangan 3-0 ke atas Bolton di Old Trafford, Sabtu lalu mengembalikan United ke landasan tepat untuk merealisasi misi merangkul kejuaraan selepas tewas kepada Blackburn dan Newcastle. - Agensi





0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button