Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

13:34 0
 
Daripada meja bedah ke meja masakan, usaha gigih seorang doktor gigi meninggalkan sementara kerjaya profesional beliau untuk terlibat dengan program realiti MasterChef Malaysia ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Malaysia yang pertama. Dr Ezani Farhana Md Monoto, 26 tahun dari Kajang, Selangor berjaya menewaskan Wahidan Hj Ag Supain, seorang pekebun dari Sandakan, Sabah pada episod terakhir, Santapan Penamat yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104).

Kemenangan Ezani ini melayakkan beliau untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta kontrak menerbitkan dan mengedarkan buku masakannya sendiri.

Juara MasterChef Malaysia, Ezani Farhana Md Monoto berkata, “Dinobatkan sebagai MasterChef Malaysia musim pertama merupakan perasaan yang paling menakjubkan dan sesuatu tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup saya. Terlalu banyak yang saya kecapi sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi dan tempat berlainan yang unik terutama sekali dalam dapur profesional.”

Ezani turut menyatakan pengalaman sebegini menyedarkan dirinya untuk menceburi bidang kulinari ini secara lebih serius.

“Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro dan Astro Ria kerana membawa MasterChef  ke Malaysia, dan saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada fenomena Masterchef ini. Bersaing dengan Abang Wahidan pada peringkat akhir merupakan suatu penghormatan yang amat besar kerana beliau merupakan seorang tukang masak yang paling jujur dan ikhlas serta hebat. Tidak dilupakan kepada para juri, ibu bapa, keluarga, sahabat handai, para peserta terutamanya lima yang membantu saya di Santapan Penamat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini.”

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button