Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:16 0

Mutakhir




KUCHING: Amanah Saham Sarawak Bhd (ASSB) hari ini mengumumkan agihan tunai interim 1.50 peratus atau bersamaan dengan 1.5 sen seunit bagi pemegang unit dana saham amanah negeri, Amanah Saham Sarawak (ASSAR) bagi separa pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 30 Jun 2012.

Sejumlah RM8.32 juta akan diagihkan kepada 72,263 pemegang unit berdaftar yang melanggan 554.54 juta unit ASSAR pada Disember 2011.


"Agihan tunai interim itu, yang merupakan dividen ke-24 bagi ASSAR sejak penubuhannya pada Ogos 1993, membuktikan komitmen dan keupayaannya mengekalkan dasar mengisytiharkan dividen kepada pemegang unitnya," kata ASSB dalam satu kenyataan, di sini.

Ia berkata, dividen berjumlah RM500 ke bawah secara automatik akan dilabur semula ke dalam unit ASSAR dan dikreditkan ke dalam akaun pemegang.

Pembayaran cek bagi dividen berjumlah melebihi RM500 akan dihantar ke alamat terbaru pemegang unit dalam daftar pelabur ASSAR.

Nilai aset bersih ASSAR susulan pembayaran dividen interim kekal pada RM1.00 seunit.

Sejak penubuhannya, ASSAR mengagihkan sejumlah RM578.04 juta dalam unit dividen tunai dan bonus kepada pelaburnya, atau bersamaan dengan pulangan purata 6.57 peratus setahun. - BERNAMA






0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button