Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:36 0

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (Pusaka) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) akan menganjurkan Seminar Pembangunan Industri Perabot Sarawak di Kuching bermula 14 Februari ini.

FRIM melalui kenyataan media memberitahu, seminar dua hari tersebut bertujuan memperbincangkan usaha meningkatkan pengeluaran produk perabot khusus di Sarawak melalui penggunaan sumber kayu serta bahan alternatif dan pemaparan identiti etnik dalam reka bentuk perabot untuk pasaran domestik dan global.

“Malaysia adalah salah sebuah daripada 10 negara pengeksport produk perabot terbesar di dunia tetapi sumbangan eksport daripada Sarawak kurang daripada tiga peratus walaupun negeri itu kaya negara pelbagai sumber bahan mentah.



“Seminar yang dijangka dihadiri lebih 150 peserta ini akan memberi ruang dan peluang untuk menjalinkan rangkaian komunikasi dan perkongsian maklumat di kalangan wakil dari pelbagai agensi berkaitan dengan bidang perhutanan, pakar, penyelidik, pereka, pengeluar perabot dan peserta industri lain dari Sarawak,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, seramai 14 pembentang dari FRIM, Pusaka, Unimas, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Jabatan Perhutanan Sarawak, Persatuan Industri Perabot Sarawak, SME Bank, Pusat Sumber Teknologi Perabot MAra dan Persatuan Kayu-Kayan Sarawak akan berkongsi maklumat pada seminar itu.

Kata kenyataan itu, Seminar Pembangunan Industri Perabot Sarawak adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Untuk pendaftaran atau pertanyaan orang ramai diminta menghubungi talian 082-473000, 03-62797705 atau 03-62797415, jelas kenyataan itu. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button