Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:09 0

LONDON - John Terry digugurkan daripada jawatan ketua pasukan bola sepak, demikian menurut Persatuan Bola Sepak (FA) negara itu.

Bintang Chelsea berusia 31 tahun itu telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Pengerusi FA, David Bernstein menerusi panggilan telefon.

Terry dijadual berhadapan dengan perbicaraan pada Julai ini berhubing dakwaan mengeluarkan kata-kata rasis selepas satu insiden membabitkan pemain QPR, Anton Ferdinand.



Dalam kenyataannya, FA berkata, Terry tidak akan mengetuai pasukan England sehingga dakwaan-dakwaan ke atasnya selesai.

Ia menambah: "Lembaga FA perbicaraan berharap kes akan selesai sebelum Kejohanan Eropah."

Terry didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Ferdinand semasa perlawanan tahun lalu.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut, yang membawa kepada siasatan polis.

Kes itu didengar di Mahkamah Majistret London Barat.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button