Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

15:19 0

TEMERLOH – Seorang pengusaha ladang sawit mati ditembak di ladangnya di Kampung Pomeh, dekat Lanchang tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Noor Mansur, berkata mangsa, Lee Yam Seng, 56, mati di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan di bahagian rusuk kiri dalam kejadian pada 12.40 tengah hari itu.

Ketika kejadian, mangsa bersama-sama adik ipar lelakinya sedang memasang alat generator dan pendawaian elektrik di bangunan rumah burung walitnya di ladang tersebut.

“Tiba tiba muncul seorang lelaki lalu melepaskan tembakan sebelum melarikan diri dengan sebuah Proton Waja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata, polis masih menyiasat motif kejadian berkenaan dan jenis senjata yang digunakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes berkenaan diminta membantu siasatan polis,” katanya. – BERNAMA

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button