Hari ini saya akan memperkenalkan anda dengan satu aplikasi untuk Android iaitu Network Spoofer yang membolehkan anda membuat kekacauan pada rangkaian Wifi. Pertama sekali, aplikasi Network Spoofer dibangunkan oleh DigitalSquid dan ia merupakan satu aplikasi rangkaian yang sangat kuat bagi peranti Android.
Aplikasi ini pada asasnya digunakan untuk spoof orang yang berada di dalam rangkaian anda. Jadi inilah apa yang ia lakukan, memuatkan fail godaman dan membuatkan pelencongan (redirects) kesemua laman ke URL yang anda pilih. Selain itu, aplikasi ini juga boleh melencongkan kesemua Youtube video kemana-mana video yang anda telah tetapkan, mengaburkan kesemua gambar pada halaman web, menterbalikkan gambar, menukarkan imej kepada gambar troll dan sebagainya. Terdapat juga pilihan di mana anda boleh mengabungkan kesemua godaman tersebut.
Bagi saya aplikasi ini mempunyai banyak potensi yang bagus jika anda pandai menggunakkannya dan anda harus bertanggungjawab jika menyalahgunakan aplikasi ini untuk tujuan yang jahat.
0 comments