Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

13:19 0

UNITED KINGDOM – Seorang lelaki kanibal yang telah membunuh dan memakan daging teman wanitanya dikhabarkan telah bertunang dengan seorang gadis ‘pontianak’ yang pernah meminum darah ‘segar’ lelaki selepas dibunuh.
http://cerciterpanas.blogspot.com

Kedua-dua pasangan ‘pelik’ dan ‘jahat’ itu telah dimasukkan ke dalam unit rawatan psikiatri yang sama di Sweden untuk dilakukan pemeriksaan lanjut ke atas diri mereka.



Lelaki kanibal yang berusia 33 tahun dan teman wanita ‘pontianaknya’, 23, bercadang untuk berkahwin antara satu sama lain setelah mengetahui kisah hidup dan amalan lampau masing-masing.

Malah, pasangan itu telah digelar sebagai ‘pasangan paling jahat di dunia’ oleh masyarakat sekeliling.

Menurut laporan dari Daily Chilli, pasangan itu telah membuat panggilan telefon ke syarikat akhbar, The Sun di UK kerana dalam cubaan  untuk ‘menjual’ cerita perkahwinan ‘tidak suci’ mereka.

Tetapi, ‘permintaan’ mereka itu tidak dipersetujui oleh syarikat media terbabit kerana The Sun tidak akan membayar kepada sesiapa yang bersalah kerana melakukn jenayah berat.

Akhbar itu juga melaporkan Sweden adalah negara yang mempunyai sistem kehakiman yang liberal di mana pasangan terbabit boleh ‘mengelakkan’ diri dari dijatuhkan hukuman penjara sekiranya mereka mendapatkan rawatan psikiatri.

Panggilan telefon dari pasangan tersebut kepada syarikat akhbar itu jelas menunjukkan salah satu contoh keistimewaan yang penjenayah perolehi dari sistem kehakiman negara itu.

Walaupun pasangan ‘kejam’ itu tidak akan dibebaskan dalam masa terdekat, berita tentang perkahwinan mereka yang dirancang masih lagi belum jelas sama ada akan diteruskan atau tidak.

Manusia kanibal adalah manusia yang paling sadis dan kejam di dunia di mana gejala itu dipanggil sebagai kanibalisme, memakan daging manusia lain untuk meneruskan hidup.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button