Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

12:56 0

Kepulangan Luis Suarez selepas menjalani hukuman penggantungan lapan perlawanan gagal untuk memberi inspirasi kepada Liverpool, yang terpaksa seri tanpa jaringan dalam pertemuan dengan Tottenham di sini awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Suarez menerima sambutan menggalakkan daripada peminatnya ketika dia menyertai persaingan pada minit ke-66 selepas digantung ekoran penggunaan kata-kata berbaur rasis ke atas pemain Manchester United, Patrice Evra.

Penyerang dari Uruguay ini nampaknya mengecewakan apabila Tottenham, pasukan di tangga ketiga, berjaya mencuri satu mata meskipun tanpa kehadiran pengurusnya Harry Redknapp.

Redknapp dikatakan berhadapan dengan masalah penerbangan semalam.

Selepas 24 perlawanan setakat ini, Manchester City berada di tempat teratas dengan 57 mata, Manchester United (55), Tottenham (50), Chelsea (43), Newcastle (42), Arsenal (40) dan Liverpool (39).

p/s:- ini mungkin sebab kucing masuk padang ni... hahaha

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button