Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:11 0

BUTTERWORTH – Seorang lelaki maut selepas ditembak dari jarak dekat sebaik sahaja menghantar teman wanitanya di Lorong Rumah Pangsa Mak Mandin 1 di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa H’ng Kean Soon, 42, sedang menuju ke kereta Nissan X-Trail beliau tidak jauh dari rumah pangsa berkenaan.

Mangsa mati di tempat kejadian akibat terkena tiga tembakan di kepala, badan dan kaki.

Menurut sumber, sebelum kejadian itu mangsa dilihat berbual dengan dua lelaki yang menaiki  sebuah motosikal sebelum dia ditembak dengan menggunakan pistol automatik.

Difahamkan, mangsa telah keluar bersama teman wanitanya dan berada di sebuah tokong di Jalan Raja Uda di sini kira-kira pukul 3 pagi sebelum menghantarnya pulang.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian sama ada ia  bermotifkan dendam atau pun faktor-faktor lain.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah SPU di nombor 04-5762222 bagi membantu siasatan. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button