Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:36 0

http://cerciterpanas.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Macam-macam ada di ibu kota, jika dulu ada pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur dari China, Myanmar, Vietnam serta Timur Tengah tetapi kini muncul pula pelacur warga Afrika menawarkan khidmat.

Kegiatan wanita warga Afrika terbabit terbongkar dalam serbuan anggota Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) pada jam 3 pagi semalam di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, di sini.



Dalam serbuan itu, 10 wanita warga Afrika berusia 20 hingga 34 tahun ditahan.
Menurut sumber, wanita terbabit menjadikan pelancong asing dan lelaki warga tempatan sebagai pelanggan. Kadar dikenakan untuk perkhidmatan seks antara RM200 dan RM400.

Sebaik pelanggan bersetuju, mereka akan menyewa hotel bajet mengikut jam di kawasan berkenaan.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan, Azman Mohd Isa berkata, hasil pemeriksaan mendapati lapan daripada mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri manakala dua lagi mengaku pelajar.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button