Pemimpin PKR, Anwar Ibrahim sudah pun menyatakan dengan terang dan jelas bahawa beliau menyokong “segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel”.
Ini bererti Anwar adalah pro-Israel dan pro-Zionis yang selama lebih 60 tahun telah menjarah bumi Palestin serta menindas dan menzalimi rakyatnya.
Setakat ini rakan kongsi PKR dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP masih membisu seribu bahasa.
Hanya PAS ada bersuara sedikit meminta Anwar memberi penjelasan mengenai kenyataannya dalam temuramah dengan akhbar Wall Street Journal 26 Januari lalu.
PAS yang mengaku sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam sebagai matlamatnya tidak sepatutnya mengambil sikap berdiam diri bila mana Anwar sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat membuat kenyataan yang menghina umat Islam dan pada masa yang sama dengan lantang dan berani mempertahankan negara Zionis-Yahudi.
Ada dua kemungkinan mengapa PAS bersikap sedemikian.
Pertama, PAS bersetuju penuh dengan pendirian Ketua Umum PKR itu.
Kalau itulah pendirian PAS maka parti itu boleh dikatakan bersekongkol dengan Anwar dalam menyokong Israel tetapi kemungkinannya agak terpencil.
Yang lebih nyata dan jelas ialah PAS takut kepada PKR dan DAP.
Banyak bukti yang menunjukkan PAS telah hilang taringnya sebagai pejuang Islam sejati sebagaimana yang digembar-gemburkan selama ini.
Contoh terbaru adalah dalam kes Exco Agama Selangor yang sebelum ini telah disandang oleh wakil PAS tetapi kini diserahkan kepada PKR.
Ini bermakna PAS kini mengaku pemimpin PKR lebih baik kredibiliti dan pengetahuan pentadbiran Islam dibandingkan dengan pemimpin PAS.
PAS tidak lagi dilihat sebagai parti yang berteraskan ajaran Islam yang suci tetapi sebagai parti politik totok yang tidak ada bezanya dengan badan-badan siasah yang lain di negara ini.
Paling penting bagi PAS ialah mendapat kuasa cara mana sekali pun hatta kalau perlu dikorbankan prinsip Islamnya sekali pun tidak mengapa.
Begitu juga Anwar yang menurut mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu menjadi PM semata-mata.
Pada pandangan Anwar menyokong Israel lebih membantu usahanya menjadi PM.
Samada pendiriannya itu melukakan hati umat Islam negara ini tidak penting kerana Anwar amat yakin kawan-kawan Zionis-Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah bersedia memberi sokongan moral untuk menjadi pemimpin negara ini.
PAS tidak perlu menunggu lagi untuk mengambil tindakan berhubung kenyataan Anwar tersebut.
Jika PAS berani memecat Datuk Hasan Ali sebagai ahli parti dan menggugurkan beliau selaku Exco dengan pantas sekali, mengapa apabila disentuh maruah rakyat Palestin yang ditindas Israel saban hari, ia lambat bertindak malah membisu pula?
Mengapa pula penyokong paling kuat Anwar di dalam PAS, Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat juga terkelu lidahnya kali ini apabila anak emasnya menyokong agar Israel diselamatkan dalam apa jua keadaan pun?
Adakah kali ini Nik Aziz telah terkena batang hidungnya sendiri kerana menegur Anwar bermakna beliau tidak lagi menjadi penyokong fanatik bekas presiden Abim itu dan jika menyokong, dia pula akan dituduh sebagai talibarut Anwar.
Kini bola terletak di kaki PAS samada hendak menendangnya ke dalam gawang gol lawan atau tidak.
Jangan nanti silap main bola tersumbat gol sendiri.
0 comments