Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

07:32 0

Pelantun lagu "Born This Way", Lady Gaga seringkali tampil dengan pelbagai aksesori di tubuh badannya tetapi tiada apa yang diinginkannya selain daripada mempunyai 'aksesori' kekal iaitu anak.

Pemilik nama sebenar Stefani Joanne Angelina Germanotta baru-baru ini memberitahu stesen radio Sepanyol, Radio Ibiza dalam satu temubual bahawa dia sedang mencari pasangan untuk mempunyai anak bersama.

Namun penyanyi berusia 25 tahun ini mempunyai ciri-ciri spesifik yang perlu dimiliki oleh bakal ayah kepada anaknya itu.

Dia berkata, "Saya mahukan anak daripada seorang lelaki Itali atau orang Sicily. Mungkin penderma."

Ayah kepada Gaga yang merupakan pemilik restoran di New York, Joseph Germanotta, berasal daripada sebuah perkampungan di Naso, Sicily.

Walaubagaimanapun tiada siapa yang mengetahui apakah perasaan teman lelaki kepada Gaga, model dan aktor dari Amerika Syarikat, Taylor Kinney, selepas mendengar temubual tersebut.

Kinney pertama kali bertemu Gaga ketika penggambaran video muzik penyanyi itu, "You And I" pada September lalu.

Pernah ditanya tentang hubungan cintanya pada Oktober tahun lalu, Gaga berkata, "Anda tahu saya tidak gemar berbicara tentang hubungan cinta saya. Namun saya sangat gembira."

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button