Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

23:30 0

MUAR – Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendakwa pakatan pembangkang yang disertai parti PAS tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja di negara ini.

Malah, dakwa beliau, pakatan pembangkang sekiranya diberi peluang berhasrat untuk mendidik anak-anak Malaysia dengan didikan secara liberal.

Dakwanya, perkara itu berlaku kerana 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai golongan sekular yang sanggup  bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Sebanyak 28 peratus lagi pemimpin PAS pula golongan ulama yang mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan,” dakwanya.

Justeru, katanya, hak orang Melayu akan terjejas jika membenarkan pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.



Beliau membuat dakwaan itu pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning di sini malam tadi.

Majlis tersebut mendapat sambutan hangat dengan anggaran hampir 4,000 orang hadir pada ceramah yang bertujuan mendedahkan perkara sebenar tentang pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Hasan turut mendedahkan tentang pemimpin PAS cuba memujuknya menurut arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di negeri Selangor yang kini dikuasai PKR.

Malah, dakwanya, pemimpin pakatan pembangkang meminta beliau bersabar dan menyatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam. – mynewshub.my

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button