Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

13:20 0

KUANTAN – Seramai 16 orang guru sukarelawan dari Amerika Syarikat akan ditempatkan di 16 buah sekolah di negeri Pahang untuk membantu pelajar-pelajar sekolah berkenaan menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih mantap.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Aminuddin Adam berkata, melalui Program Pembantu Bahasa Inggeris (ETA), 16 sukarelawan itu bakal berada di sekolah yang ditetapkan selama sembilan bulan.

“Saya berharap agar kehadiran sukarelawan antarabangsa ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar dan kakitangan sekolah,” kata Aminuddin.

Menurut laporan yang dipetik dari Sinar Harian, terdapat 16 buah sekolah menengah sekitar negeri Pahang yang dipilih untuk program  itu dan dua buah sekolah rendah turut serta.



Quentin Johnson, 22, salah seorang daripada sukarelawan yang terlibat dalam proses itu begitu teruja kerana diberi peluang untuk menyertai program dan menabur bakti kepada generasi muda.

“Saya harap dapat menyesuaikan diri dengan penduduk di sini kerana telah belajar Bahasa Melayu, adat resam dan budaya semasa tempoh orientasi,” katanya.

Quentin yang ditempatkan di SMK Bera Bandar 32 berkata, dia akan mencuba pendekatan yang menyeronokkan bagi menarik minat pelajar-pelajar sekolah itu untuk mempelajari Bahasa Inggeris.

Manakala bagi Lauren Parsons, 23, galakan dan sokongan daripada ibunya mendorong dia untuk datang ke Malaysia menyertai program ilmiah itu.

“Saya sudah bersedia untuk menjalani program ini kerana sebelum ini saya pernah berkhidmat di Brazil dalam program yang hampir sama.

“Justeru, saya berharap dapat membantu pelajar SMK Teluk Chempedak menguasai Bahasa Inggeris menggunakan kemahiran yang saya ada,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button