Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:25 0

http://cerciterpanas.blogspot.com
SHAH ALAM - Pas Pusat sebulat suara menolak hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Malah, Pas Pusat juga mahu beliau bertanding dalam PRU13.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Biro Politik semalam.



"Tuan Guru Presiden turut akur dengan keputusan tersebut," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Dengan pengumuman itu kata beliau, isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi PRU13.

"PAS bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am bahawa perjuangan Islam tidak mempunyai tempoh masa bahkan sehingga akhir hayat.

"Walaupun jawatan boleh bertukar ganti, namun Pas masih memerlukan Presiden terus memimpin bahkan para pemimpin tertinggi PR juga telah mengeluarkan kenyataan meminta Presiden terus menerajui PR," katanya lagi.

Tuan Ibrahim menambah, pihaknya yakin dengan karisma kepimpinan, wibawa dan kedudukan Abdul Hadi untuk memimpin parti.

"Malah, dengan kepercayaan gerakan Islam Antarabangsa kepada beliau bagi menjadi pimpinan utama dalam menghadapi sebarang kemelut negara-negara Islam boleh dinobatkan sebagai pimpinan Muslim agong abad ini," katanya.

Tuan Ibrahim, hasrat Abdul Hadi yang lahir dari sifat tawaduk dan akhlak Islam yang tinggi memperlihatkan bahawa dalam PAS, jawatan bukanlah perkara yang direbut, tetapi ia adalah amanah. "Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bila mana jamaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin," katanya.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button