Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:18 0

KUALA LUMPUR – PAS Pusat menolak hasrat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan tersebut dicapai melalui mesyuarat lujnah politik yang diadakan pada 2 Februari lalu di Pejabat Agong PAS dan Abdul Hadi didakwa bersetuju dengan keputusan itu.

“Dengan pengumuman ini isu penarikan diri beliau tidak berbangkit kerana parti melihat beliau masih diperlukan bagi memimpin parti dan pakatan pembangkang dalam menghadapi PRU13,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, PAS masih memerlukan Abdul Hadi untuk terus memimpin dan para pemimpin tertinggi pakatan pembangkang juga telah mengeluarkan kenyataan meminta beliau terus menerajui.



Menurutnya, PAS yakin dengan kepimpinan Abdul Hadi untuk memimpin parti itu malah gerakan Islam antarabangsa juga percaya kepada beliau bagi menjadi pemimpin dalam menghadapi kemelut negara Islam sekali gus boleh dinobatkan sebagai pimpinan muslim agong abad ini.

Jelasnya, hasrat Abdul Hadi untuk tidak bertanding memperlihatkan bahawa dalam PAS jawatan bukan perkara yang direbut tetapi sebagai satu amanah.

“Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bila jamaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin,” katanya lagi.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli DUN Rhu Rendang bercadang tidak bertanding pada PRU13 akan datang sebelum ini.

Kenyataan Abdul Hadi itu mencetuskan pelbagai desas-desus yang mendakwa tindakan tersebut berpunca daripada kepimpinan Pas pada hari ini yang bermasalah selain banyak dasar parti dipengaruhi oleh golongan tertentu.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button