Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

21:00 0

SS terkejut mendapat perkhabaran mengenai sifat pelik seorang aktor kacak atau ‘hensem’ yang pada pandangan SS memang seorang lelaki yang budiman malah terkenal dengan sikap kerja kerasnya selama ini.


Bukan saja hebat di gelanggang lakonan malah SS tengok aktor itu selalu dijemput menjayakan pelbagai acara amal dan kini sedang sibuk dengan pelbagai projeknya di sana-snin.


Walaupun sudah agak lama berkecimpung dalam bidang industri, SS puji semangatnya yang sentiasa hendak maju ke hadapan dan amat mementingkan kerjayanya berbanding perkara-perkara lain.

Baru-baru ini ketika SS sedang menikmati minum petang, SS sempat berborak dengan seorang rakan yang baru saja pulang dari menjalankan tugas di luar negara.





Dalam pada dia menceritakan pengalamannya berjalan-jalan di negara berkenaan, SS pun men�celah dan bertanya me�ngenai hubungan intim seorang pelakon jelita



yang turut menyertai rombongan berkenaan dengan aktor kacak yang SS cakapkan itu.

Menurut rakan SS tadi, pelakon cantik berkenaan menafikan hubungannya dengan aktor berkenaan malah menganggapnya ia tidak lebih daripada hubungan seorang sahabat. Dengan erti lain mereka tidak pernah bermain perasaan cinta pun.

SS juga sempat menanyakan apa sudah jadi dengan hubungan mereka yang sebelum ini hangat diperkatakan.

Lantas rakan SS membuka cerita mengenai aktor berkenaan yang terlalu berkira-kira sangat dalam soal duit dengan bahasa lain kedekut atau tangkal jering. Malah katanya lagi, pelakon jelita berkenaan mengadu, aktor terbabit pernah kalau hendak bayar makanan pun dia masih lagi berkira.

SS tidak tahulah kalau rakan SS cuma bergurau atau apa tapi kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang? Susah juga kalau dengar gosip ada aktor lelaki yang kedekut. Takkanlah nak suruh si perempuan yang mem�bayar, nanti tidak ‘gentleman’ pula.

SS tak mahu komen banyak-banyak kerana mungkin aktor berkenaan pada waktu itu bukan tidak mahu membayar makanan berkenaan, sebaliknya terlupa bawa wang tunai yang cukup.

SS: Pernah dengar cerita seorang artis popular yang asyik ‘shopping’ sakan di luar negara akhirnya terkedu kerana kad kreditnya kena tolak.




0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button