Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

18:10 2


KUALA TERENGGANU – Hasrat T-Team untuk mendapatkan khidmat pemain import berkualiti dalam masa terdekat ini mungkin tidak kesampaian kerana pemain-pemain yang diuji baru-baru ini tidak menepati kehendak pasukan itu.

Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata pihaknya baru sahaja selesai menguji empat pemain daripada beberapa buah negara namun mendapati semuanya tidak memuaskan dan tidak memenuhi kriteria sebagai pemain profesional.

“Semuanya tidak bagus, lebih kurang pemain tempatan… indah khabar daripada rupa,” katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

T-Team memerlukan pemain penyerang bagi menggantikan pemain dari Zambia dan bekas pemain Perlis, Zacharia Simukonda yang disingkirkan kerana prestasi tidak memuaskan.

Yunus berkata menurut ejen, beberapa orang lagi pemain import akan dibawa ke Terengganu Khamis ini untuk diuji.

Yunus berkata sekiranya T-Team tidak menemui pemain import yang diharapkan dalam masa terdekat ini, mereka terpaksa menunggu bulan April apabila pendaftaran pemain import dibuka semua oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

T-Team kini mempunyai seorang pemain import daripada Bosnia, Bojan Petric di bahagian pertahanan dalam menghadapi kempen Liga Super musim ini. – BERNAMA

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button