Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

10:39 0

London – Pekerja asing akan disingkirkan selepas lima tahun sekiranya pendapatan mereka dalam setahun kurang daripada £31,000, itu antara cadangan paling radikal yang dikemukakan oleh Menteri Imigresen, Damian Green.

Beliau berkata, pendatang dari negara bukan kesatuan eropah (EU) perlu membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik dan cerdik, jika ingin menetap di Britain.

Di bawah peraturan sedia ada, pekerja berkemahiran seperti jururawat dan chef yang dibenarkan bekerja di bawah visa pekerja, berpeluang memohon menjadi penduduk tetap selepas lima tahun.

Bagaimanapun Green berkata, perkara itu perlu berakhir sebaliknya ia berdasarkan kepada kepandaian dan yang hanya yang terbaik akan dipilih.

Beliau turut merangka pendapatan minimum antara £31,000 hingga £49,000 untuk kelulusan penasihat Kementerian Dalam Negeri.

Ini merupakan kali pertama, pendapatan menjadi penentu kepada pendatang asing untuk menetap di negara berkenaan.

Setiap tahun, 60,000 pekerja mahir diberikan taraf penduduk tetap.

Menurut Green, tujuan beliau mengemukakan cadangan itu adalah bagi membolehkan hanya mereka yang terbaik sahaja datang ke Britain.

Green juga dijangka mengemukakan syarat kemasukan yang berbeza kepada pemuzik, artis dan aktor.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button