Artis-Berita-Agama-Sukan-Teknologi-DLL

Powered by Blogger.

17:52 0

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah kelmarin.

Ketuanya, ACP Kang Chez Chiang berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan dihadapan lif sebuah hotel di kawasan Pudu kira-kira pukul 6.50 pagi.

“Polis merampas satu bungkusan plastik mengandungi 150 paket dadah dipercayai jenis heroin seberat 313 gram daripada suspek,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Chez Chiang berkata, suspek yang positif dadah jenis methamphetamine direman tujuh hari bermula kelmarin.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tambah beliau, kejayaan itu hasil maklumat orang awam dan polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti rangkaian mereka yang terlibat dalam pengedaran dadah itu.

0 comments

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

close button